Informasi lowongan kerja terbaru, baik dari dalam negeri maupun luar negeri

Kamis, 24 September 2009

JAWATAN KOSONG DI INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

New Job Vacancy, Please send your letter by email that"s already include in JAWATAN KOSONG DI INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)   Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ). Penolong Pegawai Pemasaran 1.1 (a) Kumpulan : Sokongan (b) Taraf Jawatan : Tetap (c) Tempoh Percubaan : 2 Tahun 1.2 Jadual Gaji : RM1,735.44 x 90.75 – RM3,641.19 (Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman) (a) Elaun (i) Khas (ii) Imbuhan Tetap Perumahan (iii) Bantuan Sara Hidup : : : RM 160.00 RM 180.00 RM 300.00 1.3 Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut: * Warganegara Malaysia; * Diploma di dalam bidang pemasaran dari Universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; * Mempunyai 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan; dan * Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiriaf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia. 1.4 Bidang Tugas : Membantu Pegawai Pemasaran di dalam tugas-tugas mempromosi dan memasarkan produk-produk IKIM. Cara Permohonan Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :- a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman) b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan) c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada. Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada : Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2, Langgak Tunku Off Jalan Duta 50480 KUALA LUMPUR (up: Bahagian Pentadbiran) Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189 sebelum atau selewat-lewatnya pada 30/09/2009 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut. Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

source: http://textblog.newjobscareer.com/jawatan-kosong-di-institut-kefahaman-islam-malaysia-ikim/

0 komentar:

Posting Komentar